cari

Powered By Blogger

Wednesday, March 26, 2008

tugasan kami

Pelajar yang mengambil subjek DQT122 INFORMATION TECHNOLOGY SKILLS telah diberi satu tugasan berkumpulan yang bertajuk 'ICT APPLICATION IN ENGINEERING EDUCATION'. Tugasan ini memang memeningkan kepala otak dan memenatkan kepala lutut. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang mengikut jurusan masing2. Kumpulan aku dianggotai oleh AHMAD HAMIDI BIN MOHD ZAIN(ketua, ketua kepada segalanya ni), MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD NOOR(best student ni), SHADFIKZE BIN SHAMSUDIN(star dalam kelas ni), dan aku. Rancang nak buat dengan cepat tetapi atas sebab2 tertentu minit2 akhir baru boleh siap kertas kerja kami ni. Mujur ada bantuan yang tidak dijangka, kalau tidak tiga helai kertas jelah kami hantar. Tugasan ini memerlukan kami menghasilkan satu kertas kerja yang menerangkan kepentingan ICT dalam bidang kejuruteraan, terutamanya dalam jurusan masing2 dan kami perlu mencari kebanyakkan maklumat menggunakan EBSCOhost, salah satu perkhidmatan yang diberikan dalam laman web UniMAP. Huh...memang memeningkan kepala dan memenatkan kepala lutut, harap2 la kami berjaya.....